Jumaat, 7 November 2008

Tabik Spring kepada Suri Rumahtangga sepenuh masa

Salam..

Kenapa tabik spring? sebab kurus dah dapat memahami bagaimana beratnya tugas suri rumahtangga sepenuh masa yang ada anak melebihi seorang..Berat..letih tapi puas. Sejak mama kurus balik kg, kurus menjalani kehidupan sebagai fulltime housewife dengan 2 anak. Mencabar, penat dan puas hati. Mencabar sebab kena uruskan rumah+memasak+urus anak. Penat sebab terpaksa berkejar ke sana sini dalam umah (nasib baik umah kecik) bila anak-anak bergilir-gilir menangis dan perlukan perhatian dpd kurus. puas hati sebab dapat menjalankan tugas sebagai isteri n ibu dengan sepenuh masa. puas hati dapat tengok perkembangan dan kenakalan anak-anak seharian dan uruskan sendiri anak-anak. Kalau boleh la, kurus memang nak macam ni jer..nak berhenti kerja tapi tu lah, kewangan kurus n Mr. A masih belum mencapai tahap yg membolehkan kurus berbuat demikian.

Tabik Spring la pada semua full time housewife kat dunia ni.

Tiada ulasan: