Isnin, 24 November 2008

First Day

Salam,

Akhirnya hari yang Kurus tak mahu tempuh datang juga. Kurus kena kerja semula. Hari ni hari pertama Kurus kerja setelah lebih 2 bulan Kurus cuti bersalin. Hari ni juga hari pertama Qaisara tinggal kat nursery. Hari ni juga Qistina akan mulakan rutin dia yang lama kat nursery. pagi tadi masa kat rumah, Qistina dah melalak dah bila Kurus sebut nak hantar dia gi school hari ni..sambil dia nangis sambil la dia cakap "No School. Dont want friend..."

Bimbang? Kurus memang tetap bimbang apatah lagi dengan keadaan Qaisara yang belum confirm tahap kesihatannya. Kurus tak sabar nak tunggu next check up utk tahu apa pead Qaisara akan beritahu Kurus mengenai jantung Sara.

Kurus juga bimbang dengan keadaan Qistina. Sekarang ni dia dah pandai cakap dah... Sepanjang perjalanan dari Klang ke nursery kat Pantai Permai, KL, Qis tak banyak cakap tapi dia asyik peluk doll yang dia panggil 'baby'. Cuma sesekali keluar juga la lagi ayat "no school. Dont want friend"...Sedih jer bunyi bila dia cakap macam tu. Risau cukup ke pampers yang Kurus bekalkan utk Qis ari ni..Sekarang ni Qis asyik nak minta salin pampers jer.. dah tak tahan basah.. Bukan Kurus tak try potty trained masa Kurus lepas pantang ari tu..tapi 3 minggu kurus cuba tapi Qistina tak mau juga. tetap nak kencing dan berak dalam diaper dia.. kalau bawak gi toilet, haram nak kencing tapi bila pakaikan pamper, elok jer dia kencing kejap-kejap tu juga..sabo jer la... Kurus juga risau sebab sekarang ni dia asyik minta makan n asyik minta susu/air masak/ribena..terlayan ker babysitter dia kat nursey tu...

oh ya, tadi pagi kurus pump dalam pukl 10 am, dapat la 6 1/2 oz. pukul 1.20pm tadi dapat dalam 5 1/2 oz.. Harap harap petang ni lumayan la sikit..Stock ebm Kurus kat umah tu dah penuh satu freezer..lauk basah pun dah tak ada tempat nak letak...Murah rezeki Qaisara...Alhamdulillah...

eeee..tak sabo kurus nak tunggu 5.20 petang..nak balik dan nak jumpa anak-anak kurus...cepat la masa berlalu...

4 ulasan:

Ms Lola berkata...

Kenapa "KURUS"? Aku blur. Lgpun aku tak khatam baca blog ko lg ni.

nonie berkata...

welcome to the blogging world... haah kenapa kurus ek? hehe

Mizz_Ila berkata...

hehe..ila pun tertanya kenapa "KURUS".. :)

anyway ila terkejut gak dgn keadaan qaisara. erm..mesti berat hati kan nak p keje dgn keadaan anak lg. :(

but mummy kena kuat semangat demi anak!..caiyok kak zatul!

it me berkata...

he he ku pun bila baca nama kurus cam nak tanya kenapa kenapa

salam tuan umah