Ahad, 2 November 2008

Rindu

Salam,
Jumaat lepas papa & adik beradik kurus datang umah. Jenguk mama. Pas tu papa nak bawa mama kurus gi Melaka untuk holiday. pas tu terus bawak mama balik kg. yela kurus pun hari ni dah last day berpantang..so mama pun nak balik la...
Kurus perasan la kan, sejak mama kurus bertolak semalam, kurus macam rindu jer kat mama kurus..ye la, dah dekat 2 bulan mama kurus ada depan mata kurus. Dari seminggu sebelum kurus bersalin, sampai la semalam...iskhh..mama, i miss u la..

hari ni kurus nak cakap pasal stock ebm kurus. apa tu ebm? emmm..ebm tu maknanya express breastmilk. Kurus ni kan pro breastfeeding..kalau pergi SMC, tengok la pamplet pasal breastfeeding yang SMC ada berikan dan tengok kat senarai nama kumpulan sokongon penyusuan ibu ke ibu..nama kurus ada tersenarai tau...boleh call kurus kalau ada problem pasal breastfeeding..Insya Allah, kurus bantu mana yang boleh...

iskhh..dah melalut dah..tadi kata nak citer pasal stock ebm, kan...ha , ni kurus nak beritahu yang stock setakat ni, kurus dah kumpul dalam dekat 60 bekas dah..ada yang kurus simpan dalam botol MLO & medela, ada dalam playtex liner, ada dalam Avent botol dan Avent VIA Storage.

eemmm..berjaya juga kurus buat stock kali ni..masa bersalinkan Qistina Mahfuzah dulu, nak dapat 2 oz pun punya la payah...menangis-nangis..hehhehe..masa tu belum cukup ilmu lagi...emmm, Kurus akan cuba jayakan misi kurus utk susukan secara exclusive selama 6 bulan dan teruskannya bagi susus badan kurus ni berserta solid food after Qaisara Madihah 6 bulan ke atas selama yang boleh dan harapannya biarlah sampai 2 tahun utk completekan penyusuan tu...
masa Qistina mahfuzah dulu, kurus dapat la menyusu secara exclusive 6 bulan & seterusnya sampai dia berumur 1 tahun setengah. pas tu kurus failed. Susu badan kurus kering dah...

iskhh..kalau cakap pasal breastfeeding ni memang tak habis sebab passion kurus pasal breastfeeding ni memang tinggi..Kurus selalu terlibat dengan aktiviti berkenaan breastfeeding ni kat PPUM dan Insya ALLAh,lepas ni Kat SMC, Shah Alam pulak la...dan kurus selalu lepak kat susuibu.com..kira kamceng gak la dengan kak kamariah, owner susuibu.com. kurus pun ada online store yang menjual berkaitan breastfeeding & parenting item. Sesiapa yang berhajat boleh la berkunjung ke online store kurus kat www.ummimall.com..

1 ulasan:

angah berkata...

i miss my mama too.. .. huhuhuhu...