Jumaat, 15 Mei 2009

Kenapa Saya Jarang Update Blog

Salam, harap semua yang membaca blog Kurus ni berada dalam situasi yang ceria dan sihat sentiasa. Alhamdulillah, Qaisara dah recover daripada sakitnya.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, Kurus nak terangkan kenapa Kurus jarang update blog.

1. Saya bekerja full time di syarikat yang tak beri akses yang meluas kepada internet dan Kurus juga dah sign agreement utk tak abuse penggunaan computer + internet. So pepaham ajer la.

2. Kedua, Setiap hari Kurus akan bangun pagi dalam pukul 4.50 pagi untuk masak bubur + prepare ebm untuk Qaisara & ready utk ke opis + nursery anak-anak.

3. Setiap hari Kurus akan sampai rumah bila dah nak masuk waktu maghrib. So every day juga kelam kabut and struggle dengan masa. Ye la nak solat, Qaisara yang reverse cycling (lebih banyak menyusu pada waktu malam berbanding siang hari), Qistina yang dah banyak cakap dan banyak bertanya + banyak ragam, baby besar yang juga perlu diberi perhatian yakni hubby terchenta tu, struggle dengan house work, struggle dengan internet biz + walk in customer , struggle nak handle frozen ebm utk bekalan Qaisara kat taska nanti + basuh cloth diaper Qaisara, struggle untuk preparation ke pejabat + barang-barang utk ke taska anak-anak dan ada hari harinya Kurus juga struggle nak tengok tv series.

4. Weekend plak, selalunya Kurus N hubby melawat orang tua kami.

5. Kurus struggle dengan kerja sambilan terbaru Kurus (belum boleh citer lagi sebab belum jadi realiti)

6. Sebenarnya Kurus tak ada cerita yang best utk diceritakan..


So atas sebab-sebab diatas Kurus jarang dapat update blog. Bila masa ada masa terluang & berkempatan, Kurus update la skit. Tapi kalau email & online store memang Kurus check hari-hari.

Harap kepada yang bertanya tu berpuas hati la yer dengan jawapan ni..

Oh ya,walaupun dah terlambat 5 hari, kepada MAMA (my mom), MAK (momi in law), MAK-MAK SEDARA KURUS YANG RAMAIIIIIIIIIIIIIII TU (rasanya ada 25 orang), IPAR-IPAR, BIRAS-BIRAS, COUSINS YANG SEMEMANGNYA RAMAIIII GITU, juga untuk SEMUA IBU, MAK, MAMA, UMMI, MUMMY, BONDA DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BONDA KURUS NAK UCAPKAN sELAMAT hARI iBU!!!!

p/s: kekadang Kurus harap masa satu hari tu bukan hanya ada 24 jam tapi lebih dari itu.