Jumaat, 21 November 2008

Dilema seorang ibu

Kurus dah puas menangis..kurus susah hati sekarang ni...Pertama sebab masa rutin check up + jap utk imunisasi Qaisara hari tu, pead Qaisara, Datuk Dr. Zulkifli beritahu dalam jantung Qaisara ada bunyi..Dia beritahu kalau next check up ada bunyi lagi kena buat ultra sound utk tahu punca. Kurus hilang kata kata bile doktor kata macam tu...Bila MR. A masauk bilik doktor, kurus terus beritahu MR. A tentang hal ni..MR. A yang banyak bertanya..Kurus? Dah hilang kata-kata & semangat...Kurus takuttttttttt...YA ALLAH, KAU SELAMATKANLAH ANAK KU.KU MOHON PADAMU JANGANLAH KAU BEBANKAN ANAK KU DENGAN KESAKITAN. JIKA BENAR KAU INGIN MENDUGA & MENGHUKUM AKU, BIARLAH AKU YANG MENANGGUNG SEGALA SAKIT DAN HUKUMAN ITU DAN BUKAN QAISARA. BERILAH AKU KEKUATAN DAN SEMANGAT UTK MENGHADAPI SEGALA KETENTUANMU. YA ALLAH, BERILAH AKU PELUANG UNTUK MENYUSUKAN, MEMELUK, MENJAGA, MENDIDIK, MELINDUNGI DAN MENYAYANGI ANAK KU SELAMA MUNGKIN. SIHATKANLAH ANAKKU YA ALLAH. AKU MOHON BELAS DARIMU UNTUK ANAKKU...HUKUMLAH AKU TAPI BUKAN ANAKKU...BANTULAH DAN KASIHANNILAH HAMBA MU YANG TIDAK BERDAYA INI YA ALLAH. KASIHANILAH ANAK-ANAKKU. MEREKA MASIH KECIL DAN TAK MENGERTI APA-APA MENGENAI DUNIA INI...


Disebabkan hal itu juga, kurus dah rasa kurus nak berhenti kerja. Duduk aja kat rumah, jaga anak anak..kurus nak dekat selalu dengan anak anak...kurus susah hati sekarang ni..susah hati nak hantar anak anak ke nursery. Semalam kurus bawak anak-anak gi nursey utk sessi pengenalan semula. Qistina meraung sebelum sempat melangkah masuk pintu nursery. Dia dah tahu dah, kurus akan tinggalkan dia kat situ..Sayu hati kurus...Bila tengok dia merayu-rayu ajak kurus balik..tak mahu langsung dia masuk dalam nursery tu...Ye la dah 2 bulan lebih dia duduk dengan kurus kat umah, tetiba nak kena tinggal lagi kat nursery..mestilah dia takut dah sedih...kurus tahu, sure kali ni lagi hebat dugaan buat kurus dan anak anak bila berpisah masa kurus keluar bekerja. Dulu masa memula hantar Qistina ke nursey masa umur dia setahun 8 bulan, kurus dah hampir berhenti kerja sebab dekat sebulan kurus hantar Qistina ke nursey, Qistina still menangis pagi-pagi setiap kali kurus lepaskan tangan kurus dari dia...hebat sungguh dugaab perasaan ibu yang bekerja.

Dalam kurus sedih sedih nak tinggalkan anak kat nursery, tetiba rancangan OPRAH pagi tadi bincang topik mengenai pengorbanan ibu-ibu yang keluar bekerja. Ada yang terpaksa sebab masalah kewangan (which is hampir 98% ibu kat dunia ni beri alasan yang sama termasuklah Kurus sendiri). Ada yang berkorban kerjaya untuk anak anak..sanggup lepaskan semua peluang & kepentingan diri/kepuasan diri demi anak anak...Takut anak-anak rasa terabai bila ibu keluar bekerja.
Dalam rancangan OPRAH tu, ada seorang working mum (dah pencen), dia cakap dia menyesal sebab tak duduk rumah & tertinggal semua precious moment dan semua first step, first laugh, first crawl dan semua yang first time dalam hidup anak anak dia serta dia rasa dia abaikan anak-anak dia bila dia keluar bekerja. Kebetulan anak dia ada kat situ dan OPRAH tanya anak dia, adakah anak dia tu terasa terabai dan tak cukup kasih sayang? Adakah dia marah ibu dia bekerja dan tak ada sepanjang masa dengan dia? Jawapan anak pompuan tu ialah " dia langsung tak rasa terabai dan faham ibu dia keluar berkerja untuk kesenangan family. malah dia rasa bangga dan rasa hidup dia penuh dengan kasih sayang.

Kurus percaya, semua mommies yang terpaksa keluar bekerja ada rasa serba salah dan rasa BERSALAH pada anak anak sebab tak dapat sentiasa di sisi anak anak.Kurus sendiri rasa macam tu. Apa yang Kurus nak buat selepas ni , mungkin Kurus akan berhenti kerja dengan SYABAS dan cari kerja yang dekat dengan rumah supaya kurus akan cepat sampai rumah lepas office hours supaya cepat jumpa dan dapat bersama-sama dengan anak-anak kurus... sekarang ni office dan rumah terlalu jauh. Dalam hidup KURUS, priority KURUS buat masa ni adalah anak-anak. Kalau kurus tak mampu nak tanggung perasaan ni, mungkin kurus ambil tindakan drastik untuk berhenti kerja dan jadi Stay at home mum (SAHM) dan bukan lagi Full Time working mum (FTWM) dan kurus akan cuba utk jadi Working At Home Mum(WAHM). Kurus harap bisnes internet kurus menjadi dan kurus dapat menjana pendapatan kurus dari rumah dan dapat menjaga sendiri anak anak kurus. DOAKAN KURUS. DOAKAN QAISARA SUPAYA JANTUNGNYA SIHAT.

3 ulasan:

angah berkata...

alongggg... nape tak bgtau angah?
angah doakan moga qaisara sihat selalu dan tade masalah pada jantung.. Ya Allah.. sedihnya angah...

Mizz_Ila berkata...

ya allah yeke kak zatul?..
sabo ye. ila doakan qaisara akan sihat seperti anak2 yg lain.

Bonda Kurus berkata...

time kasih atas doa yang kalian panjatkan buat Qaisara Madihah..