Selasa, 23 Disember 2008

Baby girl kena rogol

BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini. “Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.

kurus tak tau nak cakap apa la...Kurus memang marah dengan berita ni..buta hati ke orang yang merogol tu? Gilerrrrr...ada ke baby yang umur 2o bulan dirogolnya...baby tu...kesian baby tu. Kesiannya...kurus boleh dan dapat rasa macam mana perasaan ibu baby tu...Bodoh bertul perogol tu!!!!Memang Bodohhhhhhhhhhhhhhhh!!!!Dah tak ada perasaan kesian pada baby tu agaknya..agaknya perogol tu hanya terfikirkan nak kendurkan k**e dia yang tegang tu.. Bodohhhhhhh!!!!Kalau la Malaysia ni tak ada undang-undang, rasanya dah lama perogol tu kena bunuh dek salah seorang mommies dalam m'sia ni..tak pun mak baby tu dah tembak dulu.. Kurus setuju dengan Yulia (forumer susuibu.com). Ini komen dia pasal kisah ni :

[quote]Ya Allah.... ape nak jadi manusia zaman jahiliah ini....selamatkanlah anak2 kami semua drp bahaya Ya Allah! amin..terfikir saya zaman sekarang ni..hukuman hudud, rotan dll seperti yg dianjurkan Islam sangat relevan sekarng.Bayangkan perompak/pencuri di hukum hudud! u all ingat tak kecut perut ke pencuri tu kalau di tangkap... lain2 pencuri mesti fikir 100x nak merompak kan!imagine... penzina..perogol dan sumbang mahram di hukum sebat di khalayak ramai... tak luruh ke jantung diaorang kalau di tangkap.. malu ,azab semuanya ada... nah sekarang nafsu binatang yg bergelodak tu boleh di cool downkan dgn hukuman yg bakal di terima oleh mereka... mesti diorang fikir banyak kali! kalau oarang bukan Islam tak setuju di laksanakan hukum ini ( of couse la x setuju diorang tak tahu hukum hakam) apa kata laksanakan di kalangan orang Islam saje... dengan ini nama baik orang melayu dan Islam akan kembali bersih...suatu hari nanti orang bkn Islam kan berkata ..."EH SEMALAM ADA KECURIAN LA! SAPE BIKIN HA? AIYA... TAPI MUNGKIN BUKAN OLANG MALAYU LA.. DIA OLANG KALAU CULI KENA POTONG TNGAN OOO.. JGN MAIN OOO... INI MUSTI LAIN OLANG PUNYA KELEJA"[/quote]

Khamis, 11 Disember 2008

melayu oh melayu

Kurus heran la..kenapa melayu susah sangat nak tolong dan berkompromi dengan sesama melayu? Kurus cakap ni sebab berdasarkan pengalaman 2 hari lepas masa Kurus nak buka akaun kat Kanggaroo courier service. Kurus dah tepon HQ Kanggaroo service & Cakap dengan marketing officer dia, which is Chinese guy. Dia kata Kanggaroo allow untuk buka personal akaun dan kena bayar deposit. dia kata boleh gi kat Kanggaroo Klang dan buka akaun kat situ..So Kurus ke kanggaroo Bukit tinggi Klang dengan anak kecik 2 orang dan bawak 2 kotak besar barang yang kurus nak kurier pada customer Kurus. U all tahu apa jadi..kurus marah betul dengan staff kanggaroo courier service tu which is semuanya melayu..di ulangi Bangsa MELAYU!!! Sama bangsa dengan Kurus. Dah la tak mahu terima langsung permohonan untuk buka akaun tu, jawab pertanyaan Kurus pun dengan masam muka dan tak pandang muka Kurus...eeee.Kurus geram betul..Kita ni pelanggan, nak bagi dia bisnes..tak reti reti ker nak layan pelanggan dengan baik? Tak pe la, kalau tak nak terima Kurus punyer permohonan buka akaun tu (atas alasan kanggaroo service tak terima kalau tak ada chop & tak ada company tapi yang herannya HQ dia allowed org persendirian buka personal akaun) tapi tolong la jangan kurang ajar macam tu..nasib baik Kurus ni lebih tua dan lebih berakal daripada semua staff Kanggaroo Bukit Tinggi tu.. So Kurus tepon balik HQ kanggaroo dan tanya macam mana nak settle problem tu, so dia orang suh Kurus gi Kanggaroo shah alam kat seksyen 15.

So Kurus pun pergi, dan Kurus berjaya buka akaun kat sana tanpa banyak soal..settle satu masalah..u all tahu bangsa apa yang entertained Kurus? Bangsa CINA tau..tak banyak bunyi walaupun dia orang kat sana tak pernah buka akaun samada personal atau akaun syarikat..Hah, senangnya berurusan dengan bangsa lain...Itu la betul kata orang melayu ni terlalu protokol dan ridgit sangat dengan peraturan. Sebab tu susah nak maju...macam mana nak maju kalau asyik semuanya tak boleh?Entah la melayu..Kurus nak kutuk lelebih, Kurus pun MELAYU..tapi Kurus tak macam melayu yang kat Kanggaroo Bukut tinggi klang tu la...

kat sini Kurus nak ucapkan terima kasih pada ANDY, Kanggaroo Service Marketing officer & Kristine, Kanggaroo Shah Alam atas kerjasama yan g u all beri pada Kurus semasa Kurus nak buka akaun kat Kanggaroo Courier Service. Thanks a lot guys..

Selasa, 2 Disember 2008

Kenapa "KURUS"?


hehehe..disebabkan ramai yang konpius dengan gelaran "KURUS', jadi Kurus nak jawab la pertanyaan kawan-kawan. Kurus masa baca komen tu Kurus dah gelak-gelak dah..adik adik Kurus pun siap tepon Kurus dan suruh Kurus jawab pertanyaan kawan kawan Kurus. Kenapa "KURUS"? Sebabnya masa Kurus anak dara, Kurus teramatttttttttttttttlahhhh KURUSnya..kurus kering la..angin tiup pun kurus boleh terbergerak ke tepi sebab terlalu kerempengnya body masa tu.. Dan disebabkan kerempeng tu, mak saudara Kurus mengajar sepupu-sepupu Kurus panggil diri ini dengan gelaran Kurus.




Namun begitu, Kurus kini tidak lagi kurus seperti dulu..Kurus hanya tinggal nama kurus jer..body Kurus, ya Allah..tembam dah la ni..dah makin cute..hahahhaa..sejak mengandung & bersalinkan Qistina Mahfuzah, badan Kurus dah naik..pas tu Kurus cuba diet lepas dah stop menyusukan Qistina..Kurus la juga body kurus..tapi sekejap jer..pas tu naik balik...dan kini Kurus semakin lah cute selepas bersalinkan Qaisara..Ntah la..bila nak dapat badan cute miut cam dulu ekkk...

kat atas tu gambar Kurus yang terkini..Ambil masa Sabtu lepas..Montelkan..masa ni temankan adik Kurus, Angah gi jumpa kawan dia, si Linda Onn tu kat Ampang..masa tu ada game futsal. Kurus dan Linda Onn ni sebaya tapi Kurus macam tua sangat dari linda, kan..advantage bila badan kurus ni ialah sentiasa nampak muda jer...Bila la Kurus nak jadi KURUS semula...