Isnin, 30 Mac 2009

Luv u too

Salam,lama kan tak update blog ni, bz bangat.asyik balik malam jer skang ni..cam ner nak bertenet. Balik dah penat dah..sempat uruskan order jer..Benda lain terpaksa lupakan dulu.

Huah huah huah...Kenapa tajuk i luv u too? Sebabnya petang tadi hubby Kurus, Mr. A yang memang 100% tak romantik tu, balas sms Kurus dengan ungkapan "Luv U Too". huiiihhhh...masa Kurus baca sms tu Kurus terus tersenyum dan a little bit suprise sebab ungkapan luv u amat jarang keluar daripada mulut Mr. A dan apatah lagi kalau sms. Senyum panjang Kurus sorang sorang depan pc. Nasib baik cubical Kurus mengadap dinding kalau tak sure satu opis perasan senyuman perasan Kurus tu..hehehehe..Bila baca sms tu, stress akibat banyak kerja, hilang..Sejuk hati..."terperasannn sorang sorang" huah huah huah..To My Hubby, I Luv U 2, 3, 4, 5 ,6, 7, 8, 9....100..

Khamis, 5 Mac 2009

Balik Kerja Lewat Sangat

Assalamualaikum..

Hari ni Kurus nak cerita yang Kurus balik terlalu lewat hari ni. OT sebab banyak sangat kerja sebab Isnin dan selasa lepas kurus kena site visit, tak masuk opis. Rabu plak Kurus EL sebab ada hal yang masih Kurus tak boleh nak cerita sebab maleh nak ingat. Hati ni masih bersabar, nak marah pun tak dapat sebab menjaga hati papa & mama Kurus..Ahhh...lupakan lah..

Kurus keluar opis tadi pukul 9 malam. singgah mc donald sebab Qistina nak happy meal. Pas tu singgah la kedai mamak, beli mee. Akhirnya Kurus sampai rumah pukul 10 malam...waaaaaa....Kurus sampai jer, Kurus tengok Qaisara dah tido...sedihnya tak dapat nak main dengan dia..dah la pagi tadi sekejap jer dengan dia sebab Mr. A yang hantar anak-anak ke Nursery.

Qistina seperti biasa la, tengah tengok kartun..Nampak jer Happy Meal terus jadi bz body, siap tanya " What's that? What's That?" Sabo jer la bila anak mat salleh yang makan belacan tu bertanya.. Bila Kurus kata, " Qistina, sibuk jer.BZbody betul la", dia jawab dengan confidentnya " a'ah bzbody la". hehehe..nak tergelak plak bila dia jawab cam tu.

Alahai, sedihnya sebab esok pun Kurus terpaksa OT lagi sebab ada tender nak keluar next week & purchasing yang nak disettlekan..sabo je la...

Isnin, 23 Februari 2009

EBM yang terpaksa dibuang




EBM. Apa tu EBM? EBM maksudnya express breastmilk. Hari ni sekali lagi Kurus mengemaskini stok EBM kurus. Huh disebabkan agak banyak stok maka banyak juga la stok ebm yang tak sempat nak digunakan. Hari ni setelah pegemasan dibuat, hampir 80 oz lagi yang terpaksa dibuang kerana telah expired. Mr. A ambil buat siram pokok bunga lagi...masa spring cleaning yang pertama dulu Kurus terpaksa buang hampir 100 oz expired EBM yang tak sempat digunakan. Sayangnya EBM tu memang la sayang sebab bukan senang nak kumpulkan, kena kerja keras ooo tapi nak buat cam ner dah expired dah...Takkan nak beri Qaisara susu yang dah expired, kan..

Mesyuarat Agong & Mesyuarat AJK Alumni 2009 kali Pertama Alumni Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA)









Mesyuarat Agong Persatuan Alumni Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah , Shah Alam (PSA) and formerly known as Politeknik Shah Alam bagi tahun 2009 & Mesyuarat AJK Alumni 2009 kali pertama yang baru berlaku 2 minggu berturut-turut. Mesyuarat Agong 2009 berlangsung pada 14 Februari 2009 yang lalu pada mesyuarat tu Kurus juga telah dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasa.
Mesyuarat AJK pula berlangsung pada 21 Februari 2009 (Sabtu) lalu. Masa mesyuarat kali pertama ni, Kurus tengah demam. Dah la macam rasa nak pengsan bila drive dari Klang ke Shah Alam utk attend meeting ni, tetiba kena duduk dekat dengan lubang air cond, lagi la rasa macam nak balik baring jer..tak caya tengok la gambo-gambo tu. Hasilnya Kurus terus demam dan tak dapat attend gathering susuibu.com kali 2 pada 22 februari 2009.

Oh ya, kepada bekas-bekas pelajar PSA, Kurus menyeru agar berdaftar dengan persatuan Alumni ni.Bayaran hanya RM50 setahun buat masa ni until further notice. Banyak benefit yang kami telah rancang utk beri pada ahli. Boleh contact Kurus samada melalui email ke zatul_hijanah@hotmail.com atau boleh call Kurus melalui telefon 016-3855189 ataupun boleh tengok kat blog sementara Persatuan Alumni PSA kat http://apsha.niceboardnet/.

Jumaat, 20 Februari 2009

Geng- Upin & Ipin - Betul betul betul :P

Hehehehehehe..Khamis lepas, Kurus cuti..Bila dah cuti tu, Kurus bawa la kedua-dua buah hati kecil Kurus gi TGV Bukit Tinggi untuk tengok cerita Geng - Upin & Ipin. Huh Kurus parking nun di sebelah utara JUSCO Bukit Tinggi..TGV tu plak kat nun sebelah hujung sebelah satu lagi nun di utara JUSCO tu..Nasib baik bawak stroller & sling. Letak Qistina dalam stroller & Qaisara plak dalam sling, Kurus jalan laju sampai rasa dah macam tak jejak kaki kat lantai dah..Peh memang berguna sungguh pakai baby sling ni. Kurus boleh handle 2 anak dengan selesa. Nak ke tandas pun tak ragu ragu la ( :P saper yang pernah buat jer tau cam ner).

Balik semula ke cerita Geng -Upin & Ipin tu. Cerita tu memang best la..kelako pun kelako la juga.Kartun dia, i mean dia punya art work & kelajuan pergerakan kartun tu dah setanding dengan kartun kat hollywood tu (itu yang kurus rasa la)..Bangga Kurus sebab ini hasil kerja anak tempatan kita. Ramai pulak tu yang sebangsa dengan Kurus. bangga la! Cuma kan, Kurus harap jalan cerita kartun yang dimoviekan oleh anak malaysia pada masa akan datang akan lebih kepada yang lebih santai dan tak ada adegan menakutkan/seram sebab hantu. Kesian anak-anak kita sebab masih dimomokkan dengan cerita-cerita hantu..Hantu Durian,hehehehe...

Sepanjang movie tu ditayangkan tu Qistina diam ajer sebabnya asyik adegan seram dengan Hantu Durian & juga ular besar. Agaknya dia takut. Sampai Qistina peluk Kurus dan terus nak duduk atas riba Kurus bila adegan tu keluar. Ishkk...niat hati nak bagi anak gumbira tapi dia jadi takut plak...So semoga jalan cerita akan lebih santai dan lebih banyak kelako dalam kartun tu. Qaisara plak relax jer sebab belum faham apa yang dia tengok. Sikit pun tak terganggu dengan bunyi bising suara movie tu. Siap boleh tertidur lagi dengan nyenaknya lepas menyusu. Untuk Movie Upin & Ipin ni, Kurus bagi 3***.

Gambo? kalau ada masa, nanti Kurus upload. kalau tak, tak de la ekkk....

Selasa, 3 Februari 2009

Gathering susuibu.com











Ahad lepas pada 1 feb 2009, Kurus bergathering dengan members susuibu.com kat lembah klang/selangor area. sesaja jer nak eratkan lagi ikatan persahabatan kami yang selama ini hanya berjumpa dalam alam maya jer..Meriah giler dan ramai giler..Mommies yang hadir jer dah dekat 40 orang dah... Belum campur hubby memasing dan anak anak..Rasanya la ada gak la dekat dekat nak 130 orang kot kalau dicampur mommies, daddies, toddlers & babies..Gathering kali ni ada acara sedikit penyampaian pengisian mengenai susu ibu oleh Dr. Nazatul Shiha aka shiha dari PPUM. Shiha pun ahli Susuibu.com gak..dah mencapai taraf moderator lagi tau..Para ibu-ibu yang hadir tak lepas peluang untuk bertanyakan macam-macam soalan pada Dr. shiha..Lepas shiha bagi talk, suraya aka diyaluna daripada lunatots.com plak bagi briefing pasal clotch diaper dan kemudian Kak Shada aka shais pulak beri briefing mengenai cara-cara penggunaan pouch sling. Kurus pun tangkap satu. Yang Kurus pakai utk bawa Qaisara tu la yang Kurus beli dari kak shada masa gathering tu. Lepas tu ada acara besday party untuk toddlers & babies yang lahir daripada JAN - JUN. Meriah memang meriah gathering susuibu.com kali ni...Ada cabutan bertuah..hahaha Kurus dapat la juga satu..dapat cooler beg kecik..Kak kamariah, owner susuibu.com pun hadir sekejap masa gathering tu.

Walaupun Kurus tak makan banyak, tapi satey yang hayatie buat tu memang sodap boto. Ni satay kedua yang Kurus kata sodap selepas satay kat Taman Ehsan Kepong. Memang kono la dongan seloro den ni aaa..
Penat giler jadi organiser ni..Nasib baik dah biasa jadi organiser.Anak-anak pun terpaksa bawa diri sebab ummi sibuk. memula Mr. A tak datang sebab dia demam tapi lepas Kurus tertinggal Kek tu, kurus suh dia datang bawakan kek. Nasib baik Mr. A nak datang gak..ada la orang jaga anak-anak Kurus..Kalau tak ishkk..tak senang hati Kurus..

Oh ya , hadiah hadiah dan door gift ditaja oleh

5. mamahanees (psttt saper nak dapatkan swimming suit muslimah boleh contact dia ;)

Terima kasih banyak banyak kepada semua penaja atas jasa baik dan kerjasama anda. semoga lain kali dapat menaja lagi la yer..

Kesimpulannya, semua orang kata seronok pada gathering tu..tengoklah betapa meriahnya gathering tu.

Breastfeeding At Public


Saja je letak tajuk dalam bahasa inggeris. kasi gempak sikit...Ramai yang takut/segan/tak mahu bf baby kat public sebab malu/takut/tak confident dan juga takut aurat ternampak. Key to success utk breastfeed your baby at public simple jer. Confident, wear a suitable cloth/blouse or use a breastfeeding gadget such as nursing cover and dont bother about other people at your surrounding. May be, may be orang keliling akan pandang kita tapi buat dekkk ajer la..anak dah lapo..kesian dia..janji kita tutup aurat. Kurus memula dulu pun gelabah gak masa nak menyusukan Qistina tapi lelama confident dah.. Bila time Qaisara ni, Kurus memang dah ada la juga rasa confident dah sebab experience menyusukan Qistina dulu tapikan kekadang gelabah gak...
Atas tu gambar Kurus susukan Qaisara kat food court ALAMANDA, Putrajaya bebaru ni..