Jumaat, 20 Februari 2009

Geng- Upin & Ipin - Betul betul betul :P

Hehehehehehe..Khamis lepas, Kurus cuti..Bila dah cuti tu, Kurus bawa la kedua-dua buah hati kecil Kurus gi TGV Bukit Tinggi untuk tengok cerita Geng - Upin & Ipin. Huh Kurus parking nun di sebelah utara JUSCO Bukit Tinggi..TGV tu plak kat nun sebelah hujung sebelah satu lagi nun di utara JUSCO tu..Nasib baik bawak stroller & sling. Letak Qistina dalam stroller & Qaisara plak dalam sling, Kurus jalan laju sampai rasa dah macam tak jejak kaki kat lantai dah..Peh memang berguna sungguh pakai baby sling ni. Kurus boleh handle 2 anak dengan selesa. Nak ke tandas pun tak ragu ragu la ( :P saper yang pernah buat jer tau cam ner).

Balik semula ke cerita Geng -Upin & Ipin tu. Cerita tu memang best la..kelako pun kelako la juga.Kartun dia, i mean dia punya art work & kelajuan pergerakan kartun tu dah setanding dengan kartun kat hollywood tu (itu yang kurus rasa la)..Bangga Kurus sebab ini hasil kerja anak tempatan kita. Ramai pulak tu yang sebangsa dengan Kurus. bangga la! Cuma kan, Kurus harap jalan cerita kartun yang dimoviekan oleh anak malaysia pada masa akan datang akan lebih kepada yang lebih santai dan tak ada adegan menakutkan/seram sebab hantu. Kesian anak-anak kita sebab masih dimomokkan dengan cerita-cerita hantu..Hantu Durian,hehehehe...

Sepanjang movie tu ditayangkan tu Qistina diam ajer sebabnya asyik adegan seram dengan Hantu Durian & juga ular besar. Agaknya dia takut. Sampai Qistina peluk Kurus dan terus nak duduk atas riba Kurus bila adegan tu keluar. Ishkk...niat hati nak bagi anak gumbira tapi dia jadi takut plak...So semoga jalan cerita akan lebih santai dan lebih banyak kelako dalam kartun tu. Qaisara plak relax jer sebab belum faham apa yang dia tengok. Sikit pun tak terganggu dengan bunyi bising suara movie tu. Siap boleh tertidur lagi dengan nyenaknya lepas menyusu. Untuk Movie Upin & Ipin ni, Kurus bagi 3***.

Gambo? kalau ada masa, nanti Kurus upload. kalau tak, tak de la ekkk....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bestnya... napa x ajak aku..? kot kot aku malas nak ngadap assignment blh cuci mata...