Khamis, 23 April 2009

Sara Kat Spital

Salam, saat Kurus menulis ni sebenarnya Kurus kat spital. Kat KPJ Selangor Specialist Hospital [formerly known as Selangor Medical Centre (SMC)] sebab menjaga anakanda kedua Kurus, Qaisara. Qaisara suddenly muntak muntah masa hari selasa malam. Dalam masa 3 jam jer, dia dah muntak 4 kali. Bila bawa pi KPJ Selangor pada pukul 11 lebih malam tu juga, Qaisara muntah 5 kali dalam masa 2 jam. Huh, mak mana yang tak risau, seh..risau giler..dah siap meleleh ayaq mata ni sebab anak tak leh langsung minum susu badan kita dan tak boleh makan bubur. Setiap kali dia menyusu, sure tak sampai 5 minit, dia akan muntahkan semula. menyusunya sikit jer tapi muntahnya, ya Allah banyaknya. Spital nak tahan tapi katil takde malam tu so kena datang semula esok petang utk jumpa pead. Dibekalkan dengan ubat tahan muntah, Kurus jaga la Qaisara kat umah dengan Mr. A (together-gether we all amik cuti). Dalam masa beri ubat dan breastfed Qiasara cam biasa, Qaisara tetap muntah lagi sebanyak 5 kali sementara nak jumpa pead. Dia pun macam dah takut nak menyusu.

Bila jumpa Pead, Pead pun dah perasan Qaisara dah lemah giler petang tu. ye la puasa menyusu tu si Qaisara dari hari semalam. Dia sendiri memuasakan diri dia (ada ke perkataan memuasakan?) Kesian anak ummi. Terus admit. Alhamdulillah, hari ni nampaknya Qisara dah tak muntah lagi dah. lega hati Kurus skit. Harap-harap esok dah boleh balik.

Korang nak citer ni, semalam masa kurus baru masuk wad, ada la sorang budak pompuan ni dalam umur 4@5 tahun gitu. menangis cam takut jer walaupun ayah dia tengah dukung dia. Hubby Kurus pi la tanya Pak Sedara budak tu, kenapa dengan budak tu. Jawab Pak sedara budak tu " Asalnya demam panas tapi la ni mata dia dah tak nampak pulak dah". Kurus dengar tu, terus jatuh simpati giler-giler pada budak tu..Kesiannya dia. Kurus doakan budak tu dapat semula penglihatan dia. Kesiannya...

Korang doakan supaya budak tu dapat semula penglihatan dia yer. juga doakan Qisara cepat sembuhh..

4 ulasan:

MS berkata...

Semoga sara lekas sembuh

kurus berkata...

mekasih mama adib

mom_hafiy berkata...

dari jauh... kukirimkan doa.. agar qaisara cepat sembuh, dan ko tabah... jaga kesihatan ko juga ye...

Fauziah berkata...

get well soon. anak aku pun demam gak nih lepas kena cucuk. jgn ler melarat2 sampai masuk spital mcm aritu...