Selasa, 23 Disember 2008

Baby girl kena rogol

BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini. “Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.

kurus tak tau nak cakap apa la...Kurus memang marah dengan berita ni..buta hati ke orang yang merogol tu? Gilerrrrr...ada ke baby yang umur 2o bulan dirogolnya...baby tu...kesian baby tu. Kesiannya...kurus boleh dan dapat rasa macam mana perasaan ibu baby tu...Bodoh bertul perogol tu!!!!Memang Bodohhhhhhhhhhhhhhhh!!!!Dah tak ada perasaan kesian pada baby tu agaknya..agaknya perogol tu hanya terfikirkan nak kendurkan k**e dia yang tegang tu.. Bodohhhhhhh!!!!Kalau la Malaysia ni tak ada undang-undang, rasanya dah lama perogol tu kena bunuh dek salah seorang mommies dalam m'sia ni..tak pun mak baby tu dah tembak dulu.. Kurus setuju dengan Yulia (forumer susuibu.com). Ini komen dia pasal kisah ni :

[quote]Ya Allah.... ape nak jadi manusia zaman jahiliah ini....selamatkanlah anak2 kami semua drp bahaya Ya Allah! amin..terfikir saya zaman sekarang ni..hukuman hudud, rotan dll seperti yg dianjurkan Islam sangat relevan sekarng.Bayangkan perompak/pencuri di hukum hudud! u all ingat tak kecut perut ke pencuri tu kalau di tangkap... lain2 pencuri mesti fikir 100x nak merompak kan!imagine... penzina..perogol dan sumbang mahram di hukum sebat di khalayak ramai... tak luruh ke jantung diaorang kalau di tangkap.. malu ,azab semuanya ada... nah sekarang nafsu binatang yg bergelodak tu boleh di cool downkan dgn hukuman yg bakal di terima oleh mereka... mesti diorang fikir banyak kali! kalau oarang bukan Islam tak setuju di laksanakan hukum ini ( of couse la x setuju diorang tak tahu hukum hakam) apa kata laksanakan di kalangan orang Islam saje... dengan ini nama baik orang melayu dan Islam akan kembali bersih...suatu hari nanti orang bkn Islam kan berkata ..."EH SEMALAM ADA KECURIAN LA! SAPE BIKIN HA? AIYA... TAPI MUNGKIN BUKAN OLANG MALAYU LA.. DIA OLANG KALAU CULI KENA POTONG TNGAN OOO.. JGN MAIN OOO... INI MUSTI LAIN OLANG PUNYA KELEJA"[/quote]

Tiada ulasan: