Rabu, 1 Julai 2009

Kenapa Mesti Hasad Dengki

entah kenapa Kurus pun tak pasti kenapa yer Kurus yang tak glamer ni jadi bahan fitnah dan macam dah jadi satu ancaman pulak pada orang lain.. kelakar pun ada..yer la tak sangka pulak kita ni rupanya macam jadi pesaing orang lain..Terkejut pun ada.

Apa pun kepada yang menyampaikan cerita tak benar tu dan apa jua niat anda, Kurus maafkan..Nampaknya usaha anda untuk merosakkan hubungan Kurus dengan Kak R*** & Kak K******* memang tak menjadi la..

Nasihat Kurus satu jer..Hentikan perbuatan tak bermoral ni.... Tak perlu hasad dengki dan tak perlu takut dengan persaingan yang sihat..Rezeki tu Allah dah beri sama rata untuk kita semua...Redha ajer la dengan ketentuanNYA..

Khamis, 25 Jun 2009

Berpindah la sudah

Assalamualaikum,

dengan ini secara rasminya, Ummi Mall telah berpindah ke Baby & Me bermula 23 Jun 2009. Boleh la jemput jenguk ke


Disana Kurus akan berusaha untuk memberi input & maklumat mengenai breastfeeding dan dunia keibubapaan. Sedih pun ada bila menutup Ummi Mall sebab dengan dia la Kurus belajar berniaga. Dengan Ummi Mall la Kurus kenal ramai kawan baru..Tapi tak per Kurus akan mulakan hidup baru dan dunia baru dengan BABY 'N' ME. Harap semua menyokong la kurus yer.. Di BABY 'N' ME juga ada blog yang bakal di update sekerap yang boleh (Kurus akan cuba yer..) sesiapa yang nak ke blog Baby & Me boleh la type http://www.babynme.com.my/blog. Kita jumpa kat sana la yer..Kurus nak update sesikit dan nak cerita ceriti sikit kat sana...

Ahad, 14 Jun 2009

Pi ALAMANDA & Qistina go for swimming at Putrajaya




Salam, hari ni nak bercerita pasal jalan-jalan kat Alamanda, Putrajaya dengan Mama, adik-adik & anak-anak. Hari sajer jalan nak cari swimming suit utk Qistina. Esok we plan to bring her to public pool..so swimming suit yang ada tu dah tak muat, Qistina dah besar. so kena la cari yang baru..emmm..susah nak cari yang murah so terpaksa la beli kat Mothercare. The cute swimming suit cost me RM77.00 per piece. macam nak terbeliak mata masa nak bayo...huhhh..mahal beno swimming suit skang ni ekkk..
Dah terjalan-jalan tu tersinggah la kat SINMA. So apa lagi, tergerak la hati nak suh bebudak SINMA tu buatkan rambut Qistina. So lihat lah gambar tu..bergaya dengan rambut yang dah di make over. Dah besar dah anak dara ummi rupanya..Dah pandai melawa. Bila dah siap tu bukan main tersenyum simpul lagi Qistina..Tak boleh langsung orang lain jalan dekat-dekat dengan dia sebab dia takut terlanggar rambut dia yang dah cantik tu...
Qaisara, sabar yer..bila adik besar nanti, Ummi akan suh kakak kat SINMA tu buat rambut adik pulak..Tengok la, dapat bergaya dengan klip rambut kakak pun jadi la...sweetnyerrrrrrrr anak ummi...:P

Ahadnya pulak bawa Qistina pi public swimming pool kat Putrajaya... bergaya bukan main dengan swimming suit baru dia tu...tengok la... Besar dah anak dara Ummi yer...

Khamis, 4 Jun 2009

Lunch At Seoul Garden, Plaza Pantai

(Gambar Atas) Kurus N Sue (Kami berdua memang kaki makan)
(Gambar Bawah)Ini Kurus & Dila (Adik Kurus). Dia singgah sekejap jenguk kakak dia.

Last Friday, our office buat farewell lunch party utk one of our technician, Shariff yang akan berhijrah ke SPAN (what is SPAN stand for? Its stand for Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara). Makan Korean food kat Seoul Garden kat Plaza Pantai. Huhh kenyang bangat gitu..Balik petang tu i felt very sleeply after lunch. mana taknyer makan seafood ala buffet sampai tak hingat donia. Kalau saper tak pernah makan korean food ni, dia sebenornya lebih kureng macam makan steamboat jer. Kat meja buffet tu disediakan hanya raw dishes ajer and then kita la kena masak sendiri. Sebab masak sendiri la yang ikut suka nak makan banyak n masak macam mana. Ada ikan n udang yang terlebih well done..hahaha..tengok la betapa gumbiranya Kurus dapat makan free.Kuang kuang kuang...Sori la gambar orang lain tak nampak la...yang diraikan pun tak do..hehehe...blog akak kan..so gambar akak jer la ekkk..
errr..to Shariff, Good luck to you. Semoga bertambah maju di tempat baru.

Jumaat, 15 Mei 2009

Kenapa Saya Jarang Update Blog

Salam, harap semua yang membaca blog Kurus ni berada dalam situasi yang ceria dan sihat sentiasa. Alhamdulillah, Qaisara dah recover daripada sakitnya.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, Kurus nak terangkan kenapa Kurus jarang update blog.

1. Saya bekerja full time di syarikat yang tak beri akses yang meluas kepada internet dan Kurus juga dah sign agreement utk tak abuse penggunaan computer + internet. So pepaham ajer la.

2. Kedua, Setiap hari Kurus akan bangun pagi dalam pukul 4.50 pagi untuk masak bubur + prepare ebm untuk Qaisara & ready utk ke opis + nursery anak-anak.

3. Setiap hari Kurus akan sampai rumah bila dah nak masuk waktu maghrib. So every day juga kelam kabut and struggle dengan masa. Ye la nak solat, Qaisara yang reverse cycling (lebih banyak menyusu pada waktu malam berbanding siang hari), Qistina yang dah banyak cakap dan banyak bertanya + banyak ragam, baby besar yang juga perlu diberi perhatian yakni hubby terchenta tu, struggle dengan house work, struggle dengan internet biz + walk in customer , struggle nak handle frozen ebm utk bekalan Qaisara kat taska nanti + basuh cloth diaper Qaisara, struggle untuk preparation ke pejabat + barang-barang utk ke taska anak-anak dan ada hari harinya Kurus juga struggle nak tengok tv series.

4. Weekend plak, selalunya Kurus N hubby melawat orang tua kami.

5. Kurus struggle dengan kerja sambilan terbaru Kurus (belum boleh citer lagi sebab belum jadi realiti)

6. Sebenarnya Kurus tak ada cerita yang best utk diceritakan..


So atas sebab-sebab diatas Kurus jarang dapat update blog. Bila masa ada masa terluang & berkempatan, Kurus update la skit. Tapi kalau email & online store memang Kurus check hari-hari.

Harap kepada yang bertanya tu berpuas hati la yer dengan jawapan ni..

Oh ya,walaupun dah terlambat 5 hari, kepada MAMA (my mom), MAK (momi in law), MAK-MAK SEDARA KURUS YANG RAMAIIIIIIIIIIIIIII TU (rasanya ada 25 orang), IPAR-IPAR, BIRAS-BIRAS, COUSINS YANG SEMEMANGNYA RAMAIIII GITU, juga untuk SEMUA IBU, MAK, MAMA, UMMI, MUMMY, BONDA DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BONDA KURUS NAK UCAPKAN sELAMAT hARI iBU!!!!

p/s: kekadang Kurus harap masa satu hari tu bukan hanya ada 24 jam tapi lebih dari itu.

Khamis, 23 April 2009

Sara Kat Spital

Salam, saat Kurus menulis ni sebenarnya Kurus kat spital. Kat KPJ Selangor Specialist Hospital [formerly known as Selangor Medical Centre (SMC)] sebab menjaga anakanda kedua Kurus, Qaisara. Qaisara suddenly muntak muntah masa hari selasa malam. Dalam masa 3 jam jer, dia dah muntak 4 kali. Bila bawa pi KPJ Selangor pada pukul 11 lebih malam tu juga, Qaisara muntah 5 kali dalam masa 2 jam. Huh, mak mana yang tak risau, seh..risau giler..dah siap meleleh ayaq mata ni sebab anak tak leh langsung minum susu badan kita dan tak boleh makan bubur. Setiap kali dia menyusu, sure tak sampai 5 minit, dia akan muntahkan semula. menyusunya sikit jer tapi muntahnya, ya Allah banyaknya. Spital nak tahan tapi katil takde malam tu so kena datang semula esok petang utk jumpa pead. Dibekalkan dengan ubat tahan muntah, Kurus jaga la Qaisara kat umah dengan Mr. A (together-gether we all amik cuti). Dalam masa beri ubat dan breastfed Qiasara cam biasa, Qaisara tetap muntah lagi sebanyak 5 kali sementara nak jumpa pead. Dia pun macam dah takut nak menyusu.

Bila jumpa Pead, Pead pun dah perasan Qaisara dah lemah giler petang tu. ye la puasa menyusu tu si Qaisara dari hari semalam. Dia sendiri memuasakan diri dia (ada ke perkataan memuasakan?) Kesian anak ummi. Terus admit. Alhamdulillah, hari ni nampaknya Qisara dah tak muntah lagi dah. lega hati Kurus skit. Harap-harap esok dah boleh balik.

Korang nak citer ni, semalam masa kurus baru masuk wad, ada la sorang budak pompuan ni dalam umur 4@5 tahun gitu. menangis cam takut jer walaupun ayah dia tengah dukung dia. Hubby Kurus pi la tanya Pak Sedara budak tu, kenapa dengan budak tu. Jawab Pak sedara budak tu " Asalnya demam panas tapi la ni mata dia dah tak nampak pulak dah". Kurus dengar tu, terus jatuh simpati giler-giler pada budak tu..Kesiannya dia. Kurus doakan budak tu dapat semula penglihatan dia. Kesiannya...

Korang doakan supaya budak tu dapat semula penglihatan dia yer. juga doakan Qisara cepat sembuhh..

Ahad, 12 April 2009

Kini bergelar LACTATION COUNSELLOR


Atas Kiri : Puan Siti (Medela), Dr. Kamila (Pead PPUM) & Puan Zatul (ummimall.com)
Bawah Kiri : Puan Suraya (Lunatots), Ida Murni (Melaka) & Puan Farah (Sarakids)



Just graduate as a Lactation Counsellor (Except Kak Roy (PPUM) dah lama dah grad jadi kaunselor, dah master pun)



Dari Kiri : Zatul, Sue, Ida.
Bawah : Farah


Assalamualaikum, akhirnya kini berjaya sudah Kurus mencapai cita-cita untuk menjadi Lactation Counsellor. Setelah seminggu berkursus dan lulus exam untuk menjadi seorang Lactation Counsellor, semalam Bonda Kurus sah bergelar Lactation Counsellor. Huh, apa perasaan? PUAS HATI sebab cita-cita Bonda Kurus tercapai. Insya Allah, Bonda Kurus akan bantu semua ibu yang memerlukan bantuan.

Bersama-sama Kurus, yang pergi kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu (40 jam) ialah Farah (sarakids), Suraya(Lunatots), Ida Murni daripada Melaka (Ha, orang Melaka/Selatan, korang dah ada Lactation Counsellor tau) dan Siti Balkis (Medela). Alhamdulillah walaupun tak jadi best student tapi kami semua lulus praktikal & exam tu dengan cemerlangnya. Kumpulan Bonda Kurus pulak (Kurus satu group dengan Suraya (Lunatots) jadi Kumpulan yang paling BEST dan paling aktif sepanjang tempoh kursus.

So korang, kalau ada masalah pasal penyusuan ibu, ha dah ramai dah kaunselor bertauliah yang ada. Jangan berdiam diri jer bila ada problem. Jangan simpan sendiri ye. Call dan jumpa kaunselor utk settle the problem, k. Nanti Bonda Kurus update gambo. La ni tak sempat nak upload lagi gambo-gambo yang ado. Gambar kat atas tu gambo ambil dari blog dari Puan Suraya. Sue , zatul amik yer gambo tu..

Korang ni contact no certified lactation counsellor yang boleh korang hubungi untuk sebarang masalah berkaitan breastfeeding:

1) Puan Zatul (http://www.ummimall.com/) area Bangsar, PJ, Shah Alam, Klang
H/P No.: 016-3855189
email add. : ummimall.com@gmail.com
2) Puan Ida Murni -area Seremban, Melaka & Johor
H/P No. : 012-2969054
email add. : idamurni@utem.edu.my
3) Puan Suraya (http://www.lunatots.com/) Area Cheras, Kajang dan Putrajaya,
H/P No. :012-5880515
email add: info@lunatots.com
4) Puan Farah (http://www.sarakids.com/) Area Shah Alam, Sg Buloh dan Damansara,
H/P No : 012-6448091
email add. : pinky_hehe2002@yahoo.com

Chow dolu, nanti cerita lagi, Qaisara nak nenen..Feeding Time.