Khamis, 23 April 2009

Sara Kat Spital

Salam, saat Kurus menulis ni sebenarnya Kurus kat spital. Kat KPJ Selangor Specialist Hospital [formerly known as Selangor Medical Centre (SMC)] sebab menjaga anakanda kedua Kurus, Qaisara. Qaisara suddenly muntak muntah masa hari selasa malam. Dalam masa 3 jam jer, dia dah muntak 4 kali. Bila bawa pi KPJ Selangor pada pukul 11 lebih malam tu juga, Qaisara muntah 5 kali dalam masa 2 jam. Huh, mak mana yang tak risau, seh..risau giler..dah siap meleleh ayaq mata ni sebab anak tak leh langsung minum susu badan kita dan tak boleh makan bubur. Setiap kali dia menyusu, sure tak sampai 5 minit, dia akan muntahkan semula. menyusunya sikit jer tapi muntahnya, ya Allah banyaknya. Spital nak tahan tapi katil takde malam tu so kena datang semula esok petang utk jumpa pead. Dibekalkan dengan ubat tahan muntah, Kurus jaga la Qaisara kat umah dengan Mr. A (together-gether we all amik cuti). Dalam masa beri ubat dan breastfed Qiasara cam biasa, Qaisara tetap muntah lagi sebanyak 5 kali sementara nak jumpa pead. Dia pun macam dah takut nak menyusu.

Bila jumpa Pead, Pead pun dah perasan Qaisara dah lemah giler petang tu. ye la puasa menyusu tu si Qaisara dari hari semalam. Dia sendiri memuasakan diri dia (ada ke perkataan memuasakan?) Kesian anak ummi. Terus admit. Alhamdulillah, hari ni nampaknya Qisara dah tak muntah lagi dah. lega hati Kurus skit. Harap-harap esok dah boleh balik.

Korang nak citer ni, semalam masa kurus baru masuk wad, ada la sorang budak pompuan ni dalam umur 4@5 tahun gitu. menangis cam takut jer walaupun ayah dia tengah dukung dia. Hubby Kurus pi la tanya Pak Sedara budak tu, kenapa dengan budak tu. Jawab Pak sedara budak tu " Asalnya demam panas tapi la ni mata dia dah tak nampak pulak dah". Kurus dengar tu, terus jatuh simpati giler-giler pada budak tu..Kesiannya dia. Kurus doakan budak tu dapat semula penglihatan dia. Kesiannya...

Korang doakan supaya budak tu dapat semula penglihatan dia yer. juga doakan Qisara cepat sembuhh..

Ahad, 12 April 2009

Kini bergelar LACTATION COUNSELLOR


Atas Kiri : Puan Siti (Medela), Dr. Kamila (Pead PPUM) & Puan Zatul (ummimall.com)
Bawah Kiri : Puan Suraya (Lunatots), Ida Murni (Melaka) & Puan Farah (Sarakids)



Just graduate as a Lactation Counsellor (Except Kak Roy (PPUM) dah lama dah grad jadi kaunselor, dah master pun)



Dari Kiri : Zatul, Sue, Ida.
Bawah : Farah


Assalamualaikum, akhirnya kini berjaya sudah Kurus mencapai cita-cita untuk menjadi Lactation Counsellor. Setelah seminggu berkursus dan lulus exam untuk menjadi seorang Lactation Counsellor, semalam Bonda Kurus sah bergelar Lactation Counsellor. Huh, apa perasaan? PUAS HATI sebab cita-cita Bonda Kurus tercapai. Insya Allah, Bonda Kurus akan bantu semua ibu yang memerlukan bantuan.

Bersama-sama Kurus, yang pergi kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu (40 jam) ialah Farah (sarakids), Suraya(Lunatots), Ida Murni daripada Melaka (Ha, orang Melaka/Selatan, korang dah ada Lactation Counsellor tau) dan Siti Balkis (Medela). Alhamdulillah walaupun tak jadi best student tapi kami semua lulus praktikal & exam tu dengan cemerlangnya. Kumpulan Bonda Kurus pulak (Kurus satu group dengan Suraya (Lunatots) jadi Kumpulan yang paling BEST dan paling aktif sepanjang tempoh kursus.

So korang, kalau ada masalah pasal penyusuan ibu, ha dah ramai dah kaunselor bertauliah yang ada. Jangan berdiam diri jer bila ada problem. Jangan simpan sendiri ye. Call dan jumpa kaunselor utk settle the problem, k. Nanti Bonda Kurus update gambo. La ni tak sempat nak upload lagi gambo-gambo yang ado. Gambar kat atas tu gambo ambil dari blog dari Puan Suraya. Sue , zatul amik yer gambo tu..

Korang ni contact no certified lactation counsellor yang boleh korang hubungi untuk sebarang masalah berkaitan breastfeeding:

1) Puan Zatul (http://www.ummimall.com/) area Bangsar, PJ, Shah Alam, Klang
H/P No.: 016-3855189
email add. : ummimall.com@gmail.com
2) Puan Ida Murni -area Seremban, Melaka & Johor
H/P No. : 012-2969054
email add. : idamurni@utem.edu.my
3) Puan Suraya (http://www.lunatots.com/) Area Cheras, Kajang dan Putrajaya,
H/P No. :012-5880515
email add: info@lunatots.com
4) Puan Farah (http://www.sarakids.com/) Area Shah Alam, Sg Buloh dan Damansara,
H/P No : 012-6448091
email add. : pinky_hehe2002@yahoo.com

Chow dolu, nanti cerita lagi, Qaisara nak nenen..Feeding Time.

Jumaat, 3 April 2009

Parenting @ Work

Semalam, Kurus attended course berkaitan parenting@work anjuran LPPKN kat opis Kurus. Seronok memang seronok...yer la tambahan kepada ilmu keibubapaan yang dah sediada. Ada juga topik yang related dengan hubungan suami isteri. Semalam juga Kami diajar untuk buat senaman Ultraman,superman & ninja turtle oleh kaunselor tu. Kelakar bila kami parents yang ada buat senaman tu...siap keluar dengan bunyi lagi. gelak besau Kurus bila tengok gelagat kengkawan buat aksi superman, ultraman & ninja turtle..funny sehhh...Kita orang juga kena create topi yang penuh makna..disebabkan kumpulan kurus hanya 5 orang dan group lain ada 8 & 10 orang, maka topi kami la yang paling simple sekali..Kami gelarkan topi pasang siap...huahhuahhuah...Habis jer course terus cabut ambil anak-anak..

Sampai nursery, babysitter tu cakap Qaisara kena demam campak kecil..ye la semalam pun ada gak bintik-bintik kecil kat badan dia tapi ingatkan allergic sebab semalam Kurus try bagi resepi baru untuk solid food Sara. Apalagi, terus Kurus bawa pergi Primecare Clinic kat Lucky Garden , Bangsar. Sah memang sah..memang sah Qaisara kena measles (campak kecil). Huh, terus call hubby, tanya cam ner nak settle dan saper yang nak jaga Baby during kuarantin session ni.. Nampak gayanya kena minta tolong mama Kurus la jawabnya..Terus call mama petang tu juga..Nasib baik mama nak jaga . Thanks mama..tapi kesian mama sebab plan nak tengok F1 (training session) hari ni hancur lebur..sori ma.Nanti i bawa u shopping jer la next week bila sara dah baik..Nasib baik juga mama nak jaga Sara sampai next week..kalau tak hancur la plan Kurus nak attend 40 hours lactation course..Once again, thousand million thank you to you mama...Muahhh, and I Luv U so Much! And also mollion Thanks to Papa sebab izinkan mama jaga Sara kat umah kita orang.

Oh ya kat sini juga Kurus nak ucapkan mekacihhh bebanyak pada bos Kurus yang serius giler tu sebab meluluskan cuti seminggu yang Kurus apply untuk next week bagi membolehkan Kurus menghadiri Lactation Course di PPUM. Mekasih bos sebab memahami minat ku ini . penat wooo nak explain kat dia naper nak attend course satu minggu ni sebab kursus ni tak related dengan kerja langsung. Sampai dia tanya, "u Nak jadi apa sampai kena attend course 1 minggu ni?' dan dengan bangganya Kurus jawab, "Lactation Counselor, bos". Walaupun dia ambil masa 2 minggu, dia sign juga akhirnya borang cuti tu selepas kali kedua Kurus buat rayuan agar cuti Kurus diluluskan. MEKASIH YER BOSS!!