Khamis, 30 Oktober 2008

Salam Kasih Kurus

Assalamualaikum,
Akhirnya berjaya juga kurus nak ada blog sendiri. itu pun setelah bergelar ummi kepada 2 cinta hati. Hari ni genap 41 hari Kurus berpantang setelah melahirkan buah cinta kedua hasil kasih dan cinta antara kurus dan Mr. A.
Hari ni juga, mama kurus kena darah tinggi. Kesian mama kurus..Dah dua tiga hari dah mama Kurus mengeluh demam dan tak larat nak buat kerja. Semalam bila ajak dia gi klinik dia tak mahu tapi hari ni bila Mr. A ajak gi klinik, cepat jer mama kurus setuju. Agaknya dah tak tertanggung rasa sakit dan tak larat mama kurus tu..Ha sekali punya la tinggi darah sampai 190. iskhhh..bimbang sungguh Kurus bila dapat tahu. terus kurus suruh mama kurus rehat bebanyak..
So hari ni kurus la yang kemas rumah dan memasak. Disebabkan kurus masih dalam tempoh berpantangdan tak boleh buat kerja bebanyak sebab takut bentan, kurus cuma masak satu lauk yang semua orang boleh makan termasuk la kurus yang tengah berpantang ni ha...So satu umah la makan lauk orang pantang bersalin yer...Tapi Kurus tengok, mama Kurus, Mr. A dan Qistina Mahfuzah bukan main selera bila makan sup daging herba tu...

Isnin lepas (27/10/2008), kita org buat majlis cukur jambul Qaisara Madihah. Ala buat kekecik jer dan kongsi dengan cousin kurus (Ana) yang baru 3 bulan dapat baby. actually majlis tu sempena kenduri kawen cousin kurus yang bernama ayoi. Ayoi, selamat pengantin baru yer...

Semalam dan kemarin, kurus gi interview kat UiTM SA. Kemarin, first interview. Masa first interview tu, kurus rasa macam tak ada peluang utk dapat second interview. Tapi tup tup masa pukul 5 petang UiTM call kata kurus berjaya ke second interview. Jadi semalam kurus attend second interview la...kalau ada rezeki anak-anak, dapat la kurus kerja dekat sikit dengan umah...Insya ALLAH...

nanti bila senang kurus akan upload gambar cukur jambul Qaisara Madihah kat sini yer..Sekarang ni nak prepare gi klinik utk hantar mama kurus buat check up tekanan darah dia sekali lagi. Pagi tadi doktor pesan datang balik hari ni sebab tekanan darah mama pagi tadi tiiiiiinggi sangat..Harap-harap dah turun la hendaknya...